ALBUM SYNOPSIS
Hampir lebih dari 37 tahun Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee, (PSM), (AMN),(DA) atau nama sebenar beliau, Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh telah meninggalkan kita. Perginya sebutir permata negara ini bukannya bermakna segala hasil kerja beliau bera- khir di saat hembusan nafasnya yang terakhir, namun perjuangan dan juga semangat cintakan seninya masih hidup malarsegar di dalam jiwa setiap penggemar lagu dan kary- anya. Maka, dengan inspirasi dan juga penghargaan kepada semangat juang P. Ramlee ini, XFM, AMP, Astro dan 20 pemuzik indie tempatan telah bergabung tenaga demi untuk men- jayakan projek khas, P Ramlee: Satu Indiepretasi.
Lirik dan juga lagu asal masih dikekalkan, cuma yang berubah hanyalah gubahan lagu yang disuntik elemen baru dan juga personaliti artis yang terlibat. Lagu-lagu nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ini bukanlah cover version tapi interpolation yang diinterpretasikan mengi- kut aliran masa kini demi untuk menepati citarasa muda mudi masa kini dan juga arus muzik semasa.
Lagu-lagu nyanyian P Ramlee yang evergreen dan tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas ini nyata bukan hanya diminati oleh golongan veteran namun pada golongan muda remaja juga. Ramai antara artis yang terlibat mengakui bahawa lagu yang dipilih oleh mereka ini merupakan lagu yang sesuai dan sangat kena dengan jiwa mereka. Idola sepan- jang zaman ini sebenarnya telah membuka banyak pintu peluang yang terbuka luas kepada penggiat seni aliran Indie ini.
TRACKLISTING
1. Hujan - Tunggu Sekejap
2. Seven Collar T-Shirt - Jangan Tinggal Daku
3. One Buck Short - Pok Pok Bujang Lapok
4. Couple - Menceceh Bujang Lapok
5. Altimet - Maafkan Kami
6. Subculture - Bunyi Guitar
7. Monoloque - Tiada Kata Secantik Bahasa
8. Azlan and The Typewriter ft. AG & Co - Jeritan Batinku
9. Bittersweet - Getaran Jiwa
10. Pesawat - Ai Ai Ai Twist
11. Kugiran D'Tepi Pantai - Nujum Pak Belalang
12. Pop Shuvit - Aci- Aci Buka Pintu
13. Awanband - Malam Bulan Dipagar Bintang
14. They Will Kill Us All - Sepanjang Riwayatku
15. Yuna - Gelora Jiwa
16. Meet Uncle Hussain - Ya Habibi Ali Baba
17. The Ramlees - Itulah Sayang